awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan PSC bantu tingkatkan sektor pelancongan

Bernama
Bernama
30/08/2019
21:49 MYT
Pengurangan PSC bantu tingkatkan sektor pelancongan
Kadar PSC untuk penerbangan antarabangsa di semua lapangan terbang di Malaysia, kecuali untuk KLIA, dikurangkan kepada RM50 daripada RM73, berkuat kuasa 1 Okt. - Gambar fail
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berterima kasih kepada Kabinet di atas pengurangan Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) dan menyatakan langkah itu membantu menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata ia adalah amalan terbaik apabila pelanggan dikenakan kadar yang berpatutan berdasarkan tahap perkhidmatan.
"Penjimatan cukai lapangan terbang sebanyak RM23 pasti memberi manfaat kepada penumpang kelas ekonomi, terutamanya yang berlepas dari klia2 yang direka sebagai terminal penerbangan tambang murah dengan kemudahan yang kurang daripada KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).
"Pengurangan itu juga akan memberi manfaat kepada pelancong yang berlepas dari Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk penerbangan antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada Jumaat mengumumkan kadar PSC untuk penerbangan antarabangsa di semua lapangan terbang di Malaysia, kecuali untuk KLIA, dikurangkan kepada RM50 daripada RM73, berkuat kuasa 1 Okt.
Kadar PSC untuk sektor lain di semua lapangan terbang, bagaimanapun, kekal pada RM35 untuk penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar caj perkhidmatan penumpang
#Malaysia
#MATTA
#pelancong
#pelancongan
#PSC
#Tan Kok Liang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan