awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus besar GLC mengaku tidak bersalah terima suapan wang tunai RM1.8 juta

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/03/2016
05:46 MYT
Pengurus besar GLC mengaku tidak bersalah terima suapan wang tunai RM1.8 juta
Dr Shahanom (gambar) didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi di sekitar ibu negara antara tempoh 10 Disember 2013 hingga 18 Disember 2014. - Foto Astro AWANI
Seorang pengurus besar sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 14 pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah hampir RM1.8 juta dan sebuah kereta mewah bernilai RM140,000.
Dr Shahanom Uthman, 52 tahun, yang merupakan Pengurus Besar (Projek dan Servis) Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Sohaini Alias.
Dr Shahanom didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi di sekitar ibu negara antara tempoh 10 Disember 2013 hingga 18 Disember 2014.
Dia melakukan kesalahan itu semasa memegang jawatan sebagai Ketua (Projek dan Servis) dan Pengurus Besar (Projek dan Servis) Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd.
Untuk setiap kesalahan dilakukan, dia didakwa menerima habuan suapan antara RM15,000 hingga RM330,000.
Kesemua kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Aida Adha Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Fahmi Abd Moin.
Pihak pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM300,00 dan menahan pasport tertuduh atas sebab dia menghadapi pertuduhan rasuah yang berat.
Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah meringankan jumlah jaminan kepada RM30,000 memandangkan dia sudah digantung jawatan, selain terpaksa menanggung isteri yang sakit dan dua anak yang masih menuntut di IPT.
Mahkamah kemudian membenarkan semua kes pertuduhan dibicarakan bersama dan menetapkan jaminan tertuduh sebanyak RM250,000 dengan dua orang penjamin selain menahan pasport tertuduh.
Kes disebut semula 29 April depan.
Topic Berkaitan
#GLC
#kereta mewah
#Mahkamah Sesyen
#pengurus besar
#Shahanom Uthman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan