PUTRAJAYA: Seorang wanita berusia 51 tahun diarah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara lima tahun hari ini selepas gagal mengetepikan sabitan atas kesalahan memperdagangkan pembantu rumahnya warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah menolak rayuan M. Mullaimalar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
Mullaimalar, yang sebelum ini memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman penjara yang dibebaskan dengan ikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya, diperintah oleh mahkamah untuk menjalani hukuman penjara itu, bermula hari ini.
Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 16 Dis 2020 yang mendapati Mullaimalar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 atau jika gagal membayar denda, dikenakan penjara tambahan enam bulan. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM4,500 kepada mangsa.
Pada 25 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya.
Hakim Nordin, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata berdasarkan keterangan, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Mullaimalar.
Beliau juga berkata tiada alasan bagi mahkamah untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen dalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Mullaimalar, dan hukuman itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling memohon mahkamah meningkatkan tempoh hukuman penjara kepada antara tujuh hingga 10 tahun.
Mullaimalar, pengurus butik kecantikan dan perancang perkahwinan, didapati bersalah pada 16 Dis 2020 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan memperdagang Darsem Warsa, 45, bagi tujuan eksploitasi kerja paksa dengan menggunakan kekerasan dan bentuk paksaan yang lain.
Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor antara Mac hingga 26 Nov 2017.
Berdasarkan keterangan, mangsa yang bekerja sebagai amah dengan Mullaimalar telah dieksploitasi oleh majikannya, menggunakan kekerasan dan mengugutnya untuk melakukan kerja. Mangsa juga berkata dia telah dipukul dan diberi makan hanya sekali sehari.
Dalam pembelaannya, Mullaimalar, yang diwakili peguam N. Rhubini dan K. Bharathi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, menafikan beliau telah memaksa mangsa melakukan apa-apa kerja atau menderanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan M. Mullaimalar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. - Gambar hiasan

Ekonomi | Cabaran ekonomi global, apa kemampuan Malaysia?
Mampukah Malaysia hadapi cabaran ekonomi global serta tambah baik pasaran buruh? Diskusi penuh bersama Firdaos Rosli, Ketua Ekonomi Bank Islam.

Bajet 2023 | Kementerian tumpu RD untuk pasarkan produk ke antarabangsa
Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memberi tumpuan kepada peruntukan serta penyelidikan dan pembangunan (RD) dalam tujuan memasarkan produk negara ke peringkat antarabangsa dalam Belajawan 2023. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ini perlu kerana negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Gunung Baling terbakar
Pemantauan dibuat pada peringkat awal mendapati kebakaran berlaku pada satu lokasi curam dan sukar diakses.

Bapa dipulau anak selepas bertukar jadi 'naga'
Dia ingin membuktikan kepada orang lain mereka boleh berjaya dan menjadi tidak konvensional dalam masa yang sama.

Pantau Kerajaan Baharu: Teknologi XR | Extended Reality (XR) potensi ekonomi untuk Malaysia
Pakar XR, Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University, Faisal Athar Mohd Fadzil dan Siti Nur Dini Mahazan, Pensyarah The Design School (TDS), Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University membincangkan topik teknologi ‘extended reality’ (XR) dan potensi ekonomi untuk Malaysia.

LaLiga: Raphinha, Lewandowski pastikan Barcelona berkelebihan lapan mata di puncak
Pasukan bimbingan Manuel Pellegrini berkenaan mempamerkan corak bertahan radikal sambil Pedri terlepas dua peluang berharga.

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Pengasas Ria Group, Ria Armiati Ramlan menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.

Pengurus butik kecantikan dipenjara 5 tahun eksploitasi amah Indonesia
Mangsa yang bekerja sebagai amah telah dieksploitasi oleh majikannya, menggunakan kekerasan dan mengugutnya untuk melakukan kerja.

Dera amah: Polis tahan wanita tempatan
Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves di sini.

Amah ditikam gunting, dipatahkan jari kelingking oleh majikan dari Singapura
Sepasang suami isteri dari Singapura dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia secara kejam pada Khamis.

Datin dera amah gagal hadir ke mahkamah
Rozita Mohd Ali dan penjaminnya sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap hukumannya.

Suspek dera amah tiba di mahkamah
Suspek wanita berusia 60 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jasad Adelina Lisao dijangka dihantar pulang malam ini
Naib Konsul Ganeral Indonesia di Pulau Pinang, Osrinikita Zubhana berkata proses dokumentasi sedang dijalankan selepas mendapat kelulusan polis.

Polis buka dua kertas siasatan kes dera amah
Polis membuka dua kertas siasatan susulan penahanan dua beranak yang didakwa mendera tiga pembantu rumah warga Indonesia.