awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus projek warga Britain meninggal dunia ketika dikuarantin

Bernama
Bernama
15/06/2020
14:39 MYT
Pengurus projek warga Britain meninggal dunia ketika dikuarantin
Lim berkata bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat Holmes dalam masa terdekat. - Bernama
Seorang warga Britain dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika dikuarantin di sebuah hotel di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, Thomas Holmes, 48, meninggal dunia lebih kurang 3.30 petang di Bahagian Kecemasan Hospital Miri.
"Si mati telah dihantar ke Hospital Miri menggunakan ambulans selepas mengadu tidak sihat kepada anggota Medic Shell yang juga berada di hotel tersebut.
"Ujian swab COVID-19 telah dilakukan ke atas si mati pada tarikh kematian dan telah disahkan negatif," kata Lim dalam satu kenyataan.
Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat Holmes dalam masa terdekat.
Pengurus projek Tai Crest Resources Sdn Bhd itu tiba di Miri pada 4 Jun lalu dari Kuala Lumpur atas urusan kerja dan telah ditempatkan di hotel itu untuk dikuarantin selama sembilan hari.
Seorang pengurus syarikat itu di sini yang berusia 40 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada 4.49 petang hari ini selepas dimaklumkan ketuanya dari ibu pejabat di Kuala Lumpur mengenai kematian Holmes pada lebih kurang 11 pagi Sabtu lalu.
Menurut Lim, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#hotel
#Lim Meng Seah
#meninggal dunia
#Miri
#polis
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan