JEMPOL: Seorang pengurus kerugian lebih RM226,000 selepas 52 buah khemah miliknya yang dipasang di Tapak Karnival Raya 2021 di Padang Bola Felda Palong 4, 5, 6, di sini lesap dipercayai dicuri.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian terbabit disedari mangsa berusia 30 tahun itu selepas dimaklumkan oleh peguam penganjur karnival pada Ahad.
"Sebanyak 52 buah khemah jenis Arabian saiz 6x6 meter dan peralatan lain telah dipasang mangsa pada 31 Mac lalu sehingga 2 April.
"Selain itu pada 12 April mangsa juga telah membuat pendawaian elektrik pada khemah yang dipasang sehingga 14 April dan selepas itu terus balik ke Kempas Johor," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Menurutnya, selain khemah barang lain yang turut hilang ialah 200 buah kerusi, 100 meja, 106 lampu, 52 kipas dan 4 pendawaian 'distribution board'.
Sehubungan itu katanya, dua lelaki berusia 40 dan 41 tahun ditahan pada Isnin masing-masing jam 7.11 petang dan 7.23 petang.
"Polis juga telah merampas (52) set kaki khemah, (49) kipas, (4) fius board, (189) kerusi plastik dan (77) lampu (44) meja.
"Kedua-dua suspek direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Pengurus rugi RM226,000 khemah karnival raya lesap
Sinar Harian
Tue May 04 2021
Dua lelaki direman empat hari bermula Isnin bagi siasatan kes kecurian khemah di Tapak Karnival Raya 2021 di Padang Bola Felda Palong 4, 5 dan 6 di Jempol. -Gambar fail
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Pengurus rugi RM226,000 khemah karnival raya lesap
Selain khemah, barang lain yang turut hilang ialah 200 buah kerusi, 100 meja, 106 lampu, 52 kipas dan 4 pendawaian 'distribution board'.