awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah

Bernama
Bernama
15/11/2024
06:30 MYT
Pengurus syarikat didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah
Pengurus syarikat percetakan Chin Chiang Swee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen dan menghasilkan penerbitan bahan lucah menggunakan mesin cetak, Jun lepas.
Chin Chiang Swee, 44, didakwa menggunakan mesin cetak tanpa lesen daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah syarikat percetakan di Desa Tun Razak, Cheras di sini pada 10 pagi, 21 Jun.
Pertuduhan mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau juga didakwa menghasilkan penerbitan bahan lucah dengan menggunakan mesin cetak di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 4(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman serupa.
Pegawai Pendakwa daripada KDN Muhamad Aliff Zahril Mohd Azhar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala peguam Adam Haikal yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.
Hakim Izralizam Sanusi membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 6 Jan 2025 untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#terbit bahan lucah
#Chin Chiang Swee
#mesin cetak tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan