awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi RM1.1 juta ditipu sindiket kerja sambilan

Bernama
Bernama
20/09/2023
09:40 MYT
Pengurus syarikat rugi RM1.1 juta ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 52 tahun dari Pandan Indah, Ampang Jaya itu pada mulanya dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp awal Ogos lepas.
"Suspek menawarkan kepada pengadu kerja sambilan secara dalam talian. Mangsa diberikan pautan dan diminta membeli barang yang dijanjikan pulangan komisen. Mangsa mendakwa pernah menerima wang komisen berjumlah AS$100.
"Selepas itu, pengadu membuat bayaran pembelian barang ke dalam 14 akaun bank berbeza, namun sehingga kini tidak mendapat komisen yang dijanjikan dan mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM1,100,431," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan tawaran yang tidak pasti dan semak kesahihan urus niaga terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#kerugian
#sindiket penipuan
#kerja sambilan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan