PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak akan dimansuhkan, sebaliknya, akan menguruskan bencana banjir yang dijangka melanda negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Nadma masih diberi tanggungjawab untuk mengkoordinasikan operasi menyelamat mangsa banjir.

"(Nadma masih lagi sebagai agensi penyelaras?) Ya betul.

"Saya yang mewujudkan Nadma dan saya tidak patut menutupnya," kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, pelbagai pihak mengkritik Nadma selepas ia disifatkan gagal dalam menguruskan bencana banjir yang melanda negara.

BERITA LANJUT MENYUSUL