Pengurusan kes Najib ditetapkan pada 31 Oktober kerana masalah dokumen

Dania Zainuddin
Oktober 4, 2018 02:44 MYT
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan semula kes SRC International Sdn Bhd. - Astro AWANI/Shahir Omar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh 31 Oktober 2018 jam 3 petang sebagai pengurusan kes bagi tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menetapkan tarikh demikian selepas peguambela Datuk Shafee Abdullah mendakwa tidak menerima dokumen 51A dalam bentuk cetak.
Shafee berkata pihaknya hanya menerima dokumen dalam bentuk CD yang di mana ada beberapa dokumen tidak lengkap.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Sulaiman Abdullah ketika ditemui berkata kes seperti ini sememangnya menggunakan dokumen yang banyak kerana melibatkan transaksi wang.
Namun Sulaiman menegaskan pihaknya mempunyai tanggung jawab besar untuk menyelesaikan kes ini dan akan menegakkan kebenaran mengikut undang-undang.
Pihak pendakwaan dalam kes Najib juga menyebut untuk memohon supaya perbicaraan dapat ditukar ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Najib tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.40 pagi dengan diiringi oleh pihak polis.

DS Najib Razak tiba di Mahkamah KL kira-kira 8:40 pagi dalam persidangan bagi pengurusan kes. @501Awani pic.twitter.com/7Y2Vs2kugf

— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kuala Lumpur #Mahkamah Tinggi #Mohd Nazlan Mohd Ghazali #Najib Razak #Shafee Abdullah