Pengurusan kes saman fitnah difail Anwar terhadap Muhyiddin 23 Februari ini

Astro Awani
Januari 19, 2023 08:27 MYT
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahkamah turut mengarahkan Anwar untuk memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 16 Februari ini.
Perkara itu menyusul selepas Muhyiddin memfailkan pembelaannya pada 17 Januari.
Pengurusan kes melalui e-semakan telah dilakukan pada Khamis (19 Januari) di hadapan penolong pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.
Peguam, Datuk Sankara Nair, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin mewakili Anwar manakala Chetan Lachman Jethwani mewakili Muhyiddin.
Pengurusan kes seterusnya untuk kemas kini status akan dilakukan melalui e-semakan.
Anwar mengemukakan saman terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berhubung dakwaan bahawa Perdana Menteri dibayar RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.
#Anwar Ibrahim #Muhyiddin Yassin #pengurusan kes saman fitnah #Pengerusi Perikatan Nasional