BERA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.
Selain itu, Seri Paduka Baginda bertitah Mahkamah Syariah juga mesti bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya di dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah.
"Hakim-hakim syarie, pegawai mahkamah dan peguam syarie turut juga bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan prosiding mahkamah berjalan lancar.
Saya berharap agar lebih banyak usaha dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan institusi Agama Islam yang lain," titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Mahkamah Syariah Bera, yang turut menyaksikan keberangkatan paduka anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Hadir sama Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mohd Amran Mat Zain, Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Walid Abu Hassan dan mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika bertitah, Al-Sultan Abdullah turut menyentuh mengenai Mahkamah Syariah yang merupakan institusi menegakkan keadilan berlandaskan perundangan Islam selain keberkesanan konsep Sulh atau pendamaian yang telah berupaya menyelesaikan kes kekeluargaan.
"Sebanyak 85 peratus daripada kes Sulh yang didaftarkan di mahkamah di seluruh negara sejak 2019 hingga 2022 telah berjaya diselesaikan secara damai menerusi prosiding Sulh tanpa proses perbicaraan," titah Seri Paduka Baginda.
Menyentuh mengenai Mahkamah Syariah Bera yang telah siap dibina pada Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta, Seri Paduka Baginda bertitah ia merupakan pengiktirafan kepada institusi Agama Islam dan bukti jelas kepada pembangunan syiar agama di Pahang.
"Majlis ini membawa pengertian yang bermakna kerana bangunan ini adalah merupakan mercu tanda kepada ketinggian institusi Mahkamah Syariah di negara ini. Saya percaya bangunan mahkamah di Bera ini bakal memainkan peranan besar dalam mentadbir undang-undang Islam khususnya di daerah ini," titah Seri Paduka Baginda.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri selain semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Mahkamah Syariah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Yang di-Pertuan Agong berkenan menandatangani plak pada Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Bera. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kiri). - Foto Bernama

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Agong berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-52 UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52.

Agong berkenan saksi pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Dubai
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menyaksikan majlis pertukaran dokumen pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dalam satu majlis di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Agong, Raja Permaisuri tiba di UAE untuk lawatan khas sempena COP28
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu Malaysia).

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke UAE sempena COP28
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk melakukan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu.

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Agong berkenan rasmi Pusat Hemodialisis YASA kelima di Jerantut
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Kelima Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).

Agong sempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menyempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan.

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

33 juta rakyat Malaysia jadi keutamaan Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, keutamaan baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, tetapi 33 juta rakyat Malaysia.

Agong sempurnakan pengurniaan Ru'RASA kepada penduduk Rompin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada tujuh penerima di daerah Rompin.