MALAYSIA
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Tuanku Syed Faizuddin Putra menyeru semua pihak agar mula mengubah landskap tanah perkuburan di kariah masing-masing supaya lebih tersusun mengikut 'grid' yang ditetapkan dalam garis panduan baharu tersebut. - Gambar MAIPs
KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar sistem pengurusan tanah perkuburan Islam di seluruh negeri segera dimantapkan lagi menerusi satu piawaian seragam dan efisien demi menjamin kelangsungan tanah wakaf untuk jangka masa panjang.
Ringkasan AI
Baginda bertitah setiap jawatankuasa kariah masjid dan pengurusan tanah perkuburan di Perlis perlu menjadikan Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Perlis sebagai rujukan utama bagi memastikan tiada lagi isu pembaziran ruang atau kesesakan tidak terkawal di kawasan pusara.
"Penguatkuasaan garis panduan ini ialah langkah proaktif MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) dalam menangani cabaran kepadatan tanah wakaf dengan mengambil iktibar daripada model pengurusan jenazah terbaik di peringkat antarabangsa," titah baginda dalam kenyataan MAIPs hari ini.
Menurut kenyataan itu, Raja Muda Perlis yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian selepas berkenan meninjau Makam DiRaja Lama Arau bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Perlis baru-baru ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah Persidangan MAIPs Bilangan 6/2025 yang bersidang pada 4 Dis tahun lepas telah memperakukan garis panduan itu.
Mengenai model luar negara, baginda menyarankan pihak pengurusan kubur agar mencontohi kesederhanaan yang diamalkan di Arab Saudi khususnya di Perkuburan Al-Baqi', Madinah.
"Di sana, amalan menanda kubur dilakukan secara ringkas tanpa sebarang binaan kekal yang megah, selari dengan tuntutan syarak serta membolehkan sistem pengurusan tanah yang lebih cekap dilaksanakan," titah baginda.
Selain itu, baginda turut tertarik dengan konsep 'perkuburan dalam taman' yang dilaksanakan di Singapura walaupun negara itu berdepan kekangan tanah yang kritikal.
"Menerusi sistem ini, penggunaan nisan seragam di atas permukaan rumput yang rata bukan sahaja menjimatkan ruang malah memudahkan jentera penyelenggaraan masuk untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan tidak semak," titah baginda.
Sehubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menyeru semua pihak khususnya jawatankuasa masjid agar mula mengubah landskap tanah perkuburan di kariah masing-masing supaya lebih tersusun mengikut 'grid' yang ditetapkan dalam garis panduan baharu tersebut.
Raja Muda Perlis mahu melihat tanah perkuburan di Perlis berubah wajah menjadi kawasan tenang, menginsafkan dan sedap mata memandang seperti yang telah dilaksanakan di beberapa tanah perkuburan sedia ada.
"Dan bukannya kawasan yang dipenuhi semak samun atau binaan yang tidak sekata apatah lagi yang berlawanan dengan keputusan fatwa larangan binaan tambahan di tanah perkuburan kecuali bagi binaan terdahulu yang diwartakan sebagai warisan sejarah," titah baginda.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Perlis perlu dipatuhi untuk elak pembaziran ruang atau kesesakan di kawasan pusara.
- Raja Muda Perlis menyarankan agar pengurusan tanah kubur mengambil contoh kesederhanaan pengurusan kubur di Arab Saudi.
- Konsep 'perkuburan dalam taman' dilaksanakan di Singapura menjadi model yang menarik untuk diikuti bagi memastikan kebersihan dan kecekapan pengurusan tanah perkuburan.