awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah rogol remaja 14 tahun

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
02/09/2020
09:30 MYT
Pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah rogol remaja 14 tahun
Tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Lengkok Dua Sungai Petani Height, Sungai Petani sekitar pukul 8.30 malam pada 6 Mac lalu. - Gambar hiasan
Seorang pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun dalam kejadian yang berlaku pada 6 Mac lalu.
Tertuduh, Mohammad Fauzi Mohd Noor, 20, membuat pengakuan tersebut selepas jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azman Abu Hassan pada Rabu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Lengkok Dua Sungai Petani Height, Sungai Petani sekitar pukul 8.30 malam pada 6 Mac lalu.
Susulan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.
Hakim, Azman Abu Hassan, kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PDRM, Asisten Superitenden Fakzuri Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#pengusaha bengkel
#remaja
#rogol
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan