JOHOR BAHRU: Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan 'Kak Siti Ayam Penyet' yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis amaran kerana beroperasi tanpa lesen sah.
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peniaga itu, yang menjual makanan secara dalam talian, telah menerima notis yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.
Menurut MBJB, hasil siasatan bagaimanapun mendapati peniaga itu sudah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggunakan jenama sama.
Pihak berkuasa tempatan itu menyatakan notis tersebut dikeluarkan semalam selepas melakukan pemeriksaan di rumah peniaga terbabit di Johor Jaya dekat sini yang dipercayai dijadikan lokasi perniagaan.
"Kita telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan termasuk menurunkan iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan.
"Setakat pemantauan hingga hari ini, perniagaan tersebut tidak lagi beroperasi dan patuh kepada arahan diberikan namun sekiranya ia beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan dibuat serta-merta," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut aduan dan laporan siasatan kes juga telah dipanjangkan kepada agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan susulan.
MBJB turut mengingatkan orang ramai supaya memohon lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan makanan.
"Ini kerana terdapat beberapa syarat utama lesen perniagaan yang perlu dipatuhi para peniaga makanan antaranya berkaitan pengambilan suntikan tifoid bagi pencegahan penularan jangkitan tifoid atau demam kepialu yang boleh tersebar menerusi penyediaan makanan selain pematuhan aspek kebersihan lain dan tatatacara pengendalian makanan yang baik bagi membendung penyakit berjangkit," menurut kenyataan itu.
Pengguna, khususnya yang beragama Islam, turut dinasihat agar lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib.
Semalam, tular mengenai kegiatan peniaga bukan Muslim yang menjual pelbagai makanan menggunakan nama 'Kak Siti Ayam Penyet' di sebuah rumah di Johor Jaya melalui aplikasi pemesanan secara dalam talian sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembeli beragama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Pengguna, khususnya yang beragama Islam, dinasihat lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib. - Gambar/ Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Pengusaha 'Kak Siti Ayam Penyet' terima notis henti niaga
Peniaga makanan 'Kak Siti Ayam Penyet' yang dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis amaran kerana beroperasi tanpa lesen sah.