awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha kantin disaran berbincang dengan pihak sekolah - Fadhlina

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
22/03/2023
04:45 MYT
Pengusaha kantin disaran berbincang dengan pihak sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata ini bagi mengelakkan berlakunya senario kurang enak dalam kalangan kanak-kanak bukan Islam yang terpaksa makan di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengusaha kantin sekolah disarankan untuk berbincang dengan pihak sekolah berkenaan operasi premis sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ini bagi mengelakkan berlakunya senario kurang enak dalam kalangan kanak-kanak bukan Islam yang terpaksa makan di Kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya.
Katanya, keperluan kantin sekolah dibuka bukan sahaja bagi menyantuni pelajar yang bukan Islam malah kanak-kanak Islam yang belum wajib berpuasa.
“Untuk pengusaha kantin, saya sarankan untuk teruskan dibuka, ada kanak-kanak yang beragama Islam yang tidak wajib lagi berpuasa. Kita tak nak ada senario anak-anak ini makan di tepi longkang, di stor dan sebagainya, saya tidak mahu situasi itu berlaku. Jadi kita kena hormati budaya dan agama masing-masing dan harus bersifat inklusif, maka tiada keperluan untuk tutup.
"Saya sarankan untuk terus buka dan pengusaha kantin perlu berbincang dengan pihak sekolah,” katanya.
Kenyataan ini dibuat selepas Majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 yang diadakan di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (L) Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Fadhlina berkata, adalah tidak wajar memaksa murid-murid bukan Islam untuk menahan lapar dan dahaga jika melihat rakan-rakan mereka yang beragama Islam berpuasa di bulan Ramadan.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kanak-kanak
#Ramadan 2023
#pengusaha kantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan