MALAYSIA
Pengusaha kedai makan didakwa dera anak saudara
Seorang wanita berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak sepupunya yang berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di Binjai antara Mac hingga 22 Mei lalu. -Gambar hiasan
CHUKAI: Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan kepada sepupunya di Binjai, di sini.
Ringkasan AI
Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Wanita yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada remaja perempuan berusia 15 tahun itu didakwa telah mengabaikan sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di sebuah kedai makan di Binjai dekat sini antara bulan Mac hingga 22 Mei lepas, mengikut dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang membawa hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak sepupunya yang berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di Binjai antara Mac hingga 22 Mei lalu.
- Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.