awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
28/03/2022
20:40 MYT
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu. -Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penggunaan bahan organik dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun.
"Peningkatan input pertanian telah menyebabkan harga Harumanis meningkat sehingga RM40 sekilogram bagi pasaran di luar negeri Perlis," titah baginda pada Majlis Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2022 di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang di sini, pada Isnin.
Baginda bertitah musim mangga Harumanis agak singkat iaitu antara dua hingga tiga bulan dan faktor cuaca yang tidak menentu pada tahun ini, menyebabkan pengeluaran buahnya terjejas.
Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis Nurulhisham Yaakob dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis (JPNPs) Hafizuddin Othman.
Sementara itu, Hafizuddin Othman berkata pihaknya berusaha menambah baik penjualan secara dalam talian melalui kerjasama dengan Maybank di bawah Program Sama-Sama Lokal dan Syarikat Air Asia Grocer bagi memperluaskan pasaran mangga Harumanis ke Sabah, Sarawak dan Singapura.
"Ia bagi memastikan bahawa rakyat Malaysia di luar Perlis dapat merasai keunikan rasa dan keenakan mangga Harumanis di samping dapat melakukan jualan secara terus dari ladang," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini pengeluaran mangga Harumanis dianggarkan sebanyak 1,427 metrik tan dengan anggaran nilai jualan RM38.53 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harumanis
#mangga
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan