awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha tempatan disaran naik taraf kualiti produk, tarik minat pengguna

Bernama
Bernama
23/12/2023
21:00 MYT
Pengusaha tempatan disaran naik taraf kualiti produk, tarik minat pengguna
Rohaizi (dua, kiri) melihat barangan jualan pada Jelajah Jualan RAHMAH Kasih Sayang "Mai Pakat Mai" Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, semalam. -- fotoBERNAMA
KANGAR: Pengusaha produk tempatan disaran meningkatkan tahap produk keluaran mereka dalam usaha memastikan produk berkenaan sentiasa berkualiti tinggi, sekali gus dapat menarik minat orang ramai membeli barangan buatan Malaysia.
Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Rohaizi Bahari berkata hal ini juga berikutan trend terkini yang mendapati kebanyakan pengguna beralih kepada pembelian barangan tempatan berbanding barangan import.
"Hasil tinjauan dan maklum balas yang kami terima daripada pengusaha tempatan setakat ini, barangan mereka mendapat sambutan setelah berlakunya boikot terhadap produk luar.
"Oleh itu, saya sarankan supaya pengusaha tempatan meningkatkan kualiti produk sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jelajah Jualan RAHMAH Kasih Sayang "Mai Pakat Mai" Perlis tahun ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini semalam.
Rohaizi berkata menerusi sokongan terhadap pembelian produk tempatan, ia jugak dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Sementara itu, beliau berkata Pejabat KPDN Perlis merekodkan hasil jualan bernilai hampir RM3.5 juta dengan bilangan pengunjung melebihi 180,000 orang daripada penganjuran Program Jualan Rahmah di negeri itu setakat Jumaat.
"Pejabat KPDN Perlis telah melaksanakan Program Jualan Rahmah sebanyak 199 lokasi di seluruh tiga Parlimen dan 15 DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Barangan Buatan Malaysia
#Jualan Rahmah
#produk tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan