MALAYSIA
Peniaga ais direman pukul anak tiri, ugut tikam dengan pisau
Suspek (dua dari kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Isnin. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang peniaga lori ais batu direman di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas dakwaan memukul anak tiri dan mengugut untuk menikam mangsa dengan pisau.
Ringkasan AI
Perintah reman sehari terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret N Sivashangari.
Menurut sumber, suspek dipercayai berang terhadap anak tirinya yang berusia 15 tahun selepas remaja itu meluahkan kekecewaan terhadap perkahwinan ibu kandungnya yang berusia 39 tahun dengan suspek sejak empat tahun lalu.
Luahan hati mangsa bagaimanapun didengari abang ipar kepada wanita berkenaan, yang kemudian dipercayai mengadu kepada suspek mengenai apa yang diceritakan oleh pelajar Tingkatan Tiga itu kepada ibunya.
“Disebabkan tindakan abang iparnya itu, suspek hilang sabar lalu memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kepala dan badan.
“Ibu mangsa cuba meleraikan pergaduhan, namun suspek terus mengejar anak ketiga daripada lima beradik itu hingga ke ruang dapur,” katanya.
Tambah sumber, ketika berada di dapur, suspek bertindak mengambil sebilah pisau pemotong sayur menyebabkan ibu mangsa panik dan menjerit meminta anaknya melarikan diri ke luar rumah.
Bagaimanapun, suspek kemudian meletakkan pisau di atas meja sebelum mengejar mangsa hingga ke luar rumah.
“Abang ipar wanita berkenaan kemudian mengarahkan mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Suspek kemudian meminta isterinya menasihati anaknya itu agar tidak mengulangi perbuatan tersebut atau dia mungkin akan menikam mangsa jika kejadian sama berulang lagi,” katanya lagi.
Bimbang akan keselamatan anaknya, wanita itu kemudian membuat laporan polis pada tengah hari Ahad, sebelum suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang peniaga lori ais batu direman sehari kerana didakwa memukul anak tiri berusia 15 tahun dan mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas remaja itu meluahkan rasa kecewa terhadap perkahwinan ibunya.
- Insiden berlaku apabila suspek bertindak agresif selepas diberitahu oleh abang ipar isterinya tentang luahan mangsa, menyebabkan suspek mengejar dan mengancam mangsa dengan pisau sebelum diletakkan semula di atas meja.
- Polis menahan suspek selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dengan ujian air kencing suspek didapati negatif dadah.