KUALA LUMPUR: Peniaga-peniaga di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), di sini menyatakan kekesalan mereka atas tindakan pihak berkuasa yang mengarahkan penutupan sehari lebih awal.
Mereka berkata, mengikut jadual serta apa yang dimaklumkan melalui notis dan media semalam, bazar berkenaan hanya akan ditutup pada 10 Mei.
Tambah mereka lagi, tindakan itu jelas tidak adil memandangkan pengunjung dan peniaga sentiasa mengikut arahan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bagi sama-sama membantu mengekang penularan COVID-19.
“Kenapa tiba-tiba pagi ini kami dikejutkan dengan polis datang kawasan sini, bagi arahan untuk kami tutup serta-merta pada pukul 12 tengah hari? Sedangkan sebelumnya dah keluar dekat semua berita tutup pada 10 mei, hari ini baru 9 Mei hari Ahad. Jadi apa cerita macam ini?
“Kenapa saat-saat akhir macam ini? Semua orang tak ada memberontak, semua orang mengikut arahan mengikut SOP baik pengunjung baik peniaga,” luah seorang peniaga kepada media.
Rata-rata peniaga cuba membuat rundingan dengan pihak polis agar dibenarkan berniaga sehingga 10 malam ini, namun mereka dimaklumkan ia merupakan arahan daripada 'pihak atasan'.
Penutupan lebih awal itu juga menimbulkan kekeliruan kepada para pengunjung yang cuba mendapatkan kelengkapan hari raya pada saat-saat terakhir sebelum bazar itu ditutup.
“Nak beli baju saat-saat akhir... memang terkejut sebab ingat hari ini hari terakhir (bazar), jadi kami juga sebab sebelum ini sibuk kerja.
"Dah ambil anak-anak di asrama semua ingat hari ni bolehlah membeli. Tapi dah tutup tak boleh buat apa-apa,” kata seorang pengunjung pula.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memberitahu semua bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah tutup bermula Isnin ini.
Beliau berkata, Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.
Semakan mendapati Bazar Aidilfitri Jalan TAR dimasukkan dalam senarai HIDE pada 8 Mei lepas.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini pula dilaporkan berkata, kerajaan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur beroperasi mengikut SOP yang ketat sehingga Ramadan berakhir, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkuat kuasa.
Astro AWANI ketika ini sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa.
Firdaus Azil
Sun May 09 2021
Seorang peniaga di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman cuba berunding dengan pihak berkuasa agar dibenarkan berniaga sehingga 10 malam Ahad. - Gambar Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Peniaga Bazar Aidilfitri Jalan TAR kesal diarah tutup sehari lebih awal
Semakan mendapati Bazar Aidilfitri Jalan TAR dimasukkan dalam senarai HIDE pada 8 Mei lepas.