MALAYSIA
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Tindakan kompaun termasuk penutupan premis akan dikenakan terhadap peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban yang gagal menjaga kebersihan tapak perniagaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Semua peniaga makanan di Negeri Sembilan, khususnya di bazar Ramadan diingatkan tidak mengambil ringan aspek keselamatan makanan dan mengambil suntikan tifoid serta mematuhi standard kebersihan tinggi ketika menyediakan juadah jualan.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata kegagalan mematuhi keperluan kesihatan asas bukan sahaja melanggar peraturan malah boleh membahayakan kesihatan awam.
Beliau berkata suntikan tifoid merupakan benteng awal bagi mencegah penularan bakteria berbahaya yang boleh mencemari makanan dan minuman sekali gus menyebabkan jangkitan serius kepada pengguna.
"Kegagalan pengusaha makanan mendapatkan suntikan itu dan tidak menjaga kebersihan berhadapan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Saya percaya peniaga sudah mengetahui syarat mewajibkan mereka mengambil suntikan tifoid sebelum memulakan perniagaan makanan termasuk mereka yang berniaga di bazar Ramadan," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas Program Pembersihan Persekitaran Pasar Ampangan bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBS Datuk Masri Baharuddin.
Sementara itu, Masri berkata tindakan kompaun termasuk penutupan premis akan dikenakan terhadap peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah pentadbiran MBS yang gagal menjaga kebersihan tapak perniagaan.
"Kita amat bertegas dengan hal kebersihan dan kesihatan awam. Makanan yang tidak habis dijual jangan dibuang merata sebaliknya salurkan ke tempat sesuai termasuk bersedekah jika masih elok," katanya.
Dalam perkembangan lain, Masri berkata peniaga yang belum mendapat pulangan wang daripada penganjur Bazar Aidilfitri Dataran Senawang dinasihatkan membuat laporan polis dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada MBS untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata jika penganjur enggan membayar semula wang terlibat, MBS akan menggunakan deposit pihak berkenaan untuk dibayar kepada peniaga.
MBS mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang tahun ini selepas membatalkan pelantikan empat penganjur kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan, manakala seorang lagi menarik diri disebabkan tidak mampu menguruskan bazar dengan baik.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Peniaga makanan di Negeri Sembilan perlu patuhi standard keselamatan makanan serta suntikan tifoid untuk elak penularan bakteria berbahaya yang boleh cemari makanan.
- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kesihatan negeri tegur pengusaha yang langgar peraturan kesihatan asas, ancam kesihatan awam.
- Peniaga bazar Ramadan yang gagal jaga kebersihan tapak perniagaan boleh dikenakan kompaun atau penutupan premis, tegas Datuk Bandar MBS.