Bernama
Sat May 11 2019
Keputusan DBKL berhubung isu itu telah menyelesaikan kebimbangan peniaga berkenaan status niaga di bazar itu ekoran notis arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa - Foto Bernama
Peniaga-peniaga Bazar Ramadan Danau Kota dibenarkan beroperasi tahun ini namun dengan syarat membuat permohonan secara dalam talian tanpa melibatkan pihak ketiga, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Pihaknya memberi kelulusan kepada kira-kira 140 peniaga dan penjaja di kawasan itu selepas mengambil bancian dan menyiasat bahawa mereka tidak terlibat dengan isu siasatan terhadap penganjur bazar itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
"Pegawai-pegawai DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) telah membuat bancian ke atas peniaga semalam dan mereka dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian tanpa melibatkan mana-mana pihak selewat-lewatnya Isnin ini," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Keputusan DBKL berhubung isu itu telah menyelesaikan kebimbangan peniaga berkenaan status niaga di bazar itu ekoran notis arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa yang dikeluarkan oleh DBKL.
"Soal tapak bazar itu diteruskan pada tahun-tahun berikutnya akan dibincangkan kemudian, yang penting status niaga tahun ini berjaya diselesaikan.
"DBKL juga akan membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dan memastikan tahap kebersihan bazar berada dalam keadaan baik," katanya.
Rabu lepas, Bernama melaporkan lebih 100 penjaja dan peniaga Bazar Ramadan Danau Kota meminta DBKL membenarkan mereka berniaga di tapak itu sekali gus mengeluarkan lesen perniagaan berikutan tindakan DBKL yang mengeluarkan notis arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa.
Tindakan itu dilihat sebagai sangat keterlaluan dan merugikan peniaga kerana persediaan telah dibuat beberapa bulan sebelumnya.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.