awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bazar Ramadan wajib pamer tanda harga - KPDNKK

Bernama
Bernama
01/06/2017
13:24 MYT
Peniaga bazar Ramadan wajib pamer tanda harga - KPDNKK
Peraturan mempamerkan tanda harga itu melibatkan semua peniaga termasuk yang menjual kuih-muih, lauk-pauk dan barang makanan lain seperti ikan dan ayam. - Gambar fail
Para peniaga yang menjalankan perniagaan di tapak bazar Ramadan di seluruh Selangor diwajib mempamerkan tanda harga bagi setiap barangan yang dijual.
Ketua Seksyen Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Basarudin Mohiyudin berkata, tidak ada pengecualian diberikan kepada golongan peniaga walaupun kebanyakannya hanya menjalankan aktiviti itu pada bulan Ramadan.
Beliau berkata peraturan mempamerkan tanda harga itu melibatkan semua peniaga termasuk yang menjual kuih-muih, lauk-pauk dan barang makanan lain seperti ikan dan ayam.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen ''#janganlebihlebih'''' peringkat negeri di bazar Ramadan Seksyen 13 di sini hari ini, Basarudin berkata peniaga yang masih berdegil akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.
"Bermula 27 Mei lepas sehingga hari ini, KPDNKK telah melakukan pemeriksaan ke atas 1,831 gerai bazar di 50 lokasi di negeri ini termasuk sekitar Shah Alam, Gombak, Petaling Jaya dan Kuala Selangor dengan 30 peniaga diberi amaran kerana kegagalan mempamerkan tanda harga," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah mengedarkan risalah kepada peniaga bazar supaya mematuhi arahan yang digariskan KPDNKK mengikut Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 berhubung kempen #janganlebihlebih itu.
Katanya, kempen yang diadakan sempena bulan Ramadan itu juga bertujuan menyedarkan orang awam supaya bersederhana dalam berbelanja serta bijak membuat pilihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#KPDNKK
#Kuala Selangor
#pasar Ramadan
#peniaga
#Petaling Jaya
#Ramadan
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan