awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga cedera di dada dan lengan selepas ditembak - Polis

Bernama
Bernama
25/08/2022
13:13 MYT
Peniaga cedera di dada dan lengan selepas ditembak - Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan berhampiran. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan cedera di dada dan lengan selepas ditembak dalam kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada 8.40 malam itu, mangsa seorang peniaga berusia lingkungan 40-an berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan berhampiran.
"Mangsa yang sedang menunggang sebuah motosikal telah terbabas ke tepi jalan akibat ditembak oleh suspek yang tidak dikenali," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata mangsa dibawa ke hospital berhampiran oleh keluarganya bagi menerima rawatan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#ditembak
#Kota Damansara
#Polis Daerah Petaling Jaya
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan