awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya

Bernama
Bernama
28/05/2022
20:04 MYT
Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya
Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM55,000 bagi RM30,000 yang dilaburkan dalam masa tiga hari. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga mendakwa ditipu individu dikenali sebagai 'Datin Ida' untuk menyertai skim Pelaburan Hari Raya secara dalam talian melibatkan kerugian terkumpul kira-kira RM4 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu Supt M Zambri Mahmud berkata, wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 6 Mei lepas, apabila pulangan dijanjikan selepas pelaburan dibuat tidak diterima dalam tempoh yang dijanjikan Datin Ida.
Beliau berkata mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM55,000 bagi RM30,000 yang dilaburkan dalam masa tiga hari.
"Pengadu telah melabur sebanyak RM100,000 seminggu sebelum raya (tarikh tidak dinyatakan) dan pada masa sama pengadu telah mengiklankan pelaburan tersebut ke dalam kumpulan WhatsApp.
"Ramai yang berminat untuk menyertai pelaburan itu dan sebanyak 296 individu telah menyertai skim pelaburan tersebut melibatkan nilai pelaburan oleh rangkaian bawahan pengadu sebanyak lebih kurang RM4 juta," katanya dalam kenyataan malam tadi.
M Zambri berkata mangsa telah menyerahkan kesemua kutipan wang kepada pihak urusan pelaburan melalui akaun yang diarahkan Datin Ida.
"Semua transaksi kemasukan wang oleh pengadu ada dalam simpanan pengadu. Hasil keuntungan pelaburan itu, pengadu turut diberi bonus daripada Datin Ida sebanyak RM190,000 atas kutipan yang besar dalam tempoh singkat," katanya.
Namun, menurut M Zambri sehingga hari ini mangsa masih tidak mendapat apa-apa pulangan daripada wang yang telah dilaburkan dan merasakan dirinya telah ditipu.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal dalam tempoh singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datin Ida
#penipuan
#pelaburan hari raya
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan