awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
09:00 MYT
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas Saiful Adli Yusof dan memerintahkan lelaki itu dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Cheras-Hulu Langat, Ahad lepas.
Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Adli Yusof, 52, dan memerintahkan lelaki itu dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras pada 4.05 petang 8 Feb.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bapa empat orang anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, kerana mengugut mangsa di tempat dan lokasi sama.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berpunca daripada kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dipandu mangsa dan Toyota Vellfire dipandu Saiful Adli di Jalan Cheras-Hulu Langat pada 3.45 petang.
Timbalan Pendakwa Raya Aida Afiqah Shaari memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili Saiful Adli memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.
Beliau berkata anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan dan pencari nafkah tunggal dalam keluarga serta menanggung isteri dan empat anak berusia antara 16 tahun hingga enam hari selain ibu mentua yang menghidap penyakit kronik.




Topic Berkaitan
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
#warga emas
#jenayah
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan