awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis di pusat hiburan

Bernama
Bernama
14/09/2023
07:55 MYT
Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis di pusat hiburan
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara seminggu jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai kanan polis, minggu lepas.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabindo Simon, 34, kerana melakukan perbuatan tidak sopan terhadap DSP Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana, Sentul pada 9 Sept lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara seminggu jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.
Peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya menyesal selain dia turut memohon maaf kepada pegawai polis tersebut atas perbuatannya.
"Anak guam saya masih bujang dan bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan RM4,000 selain dia perlu menjaga ibunya di kampung," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maki polis
#peniaga didenda
#kes mahkamah
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan