awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
Sindiket pekerjaan Myawaddy: Mangsa dibiar kelaparan, dipukul dengan besi
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga kosmetik maut, tiga cedera kereta bertembung

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/08/2021
01:06 MYT
Peniaga kosmetik maut, tiga cedera kereta bertembung
Kejadian berlaku selepas kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Seorang peniaga kosmetik maut manakala tiga lagi ahli keluarganya termasuk kanak-kanak berusia dua dan 10 tahun cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Nahas berlaku di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping berhampiran Kampung Matang kira-kira jam 7.40 malam Khamis.
Insiden itu menyebabkan mangsa Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira bersama isteri dan anak perempuannya yang dikatakan dari arah Jabi, Besut hilang kawalan ketika melalui selekoh.
Susulan itu kenderaan mereka dipercayai berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan.
Bagaimanapun jarak yang terlalu dekat menyebabkan seorang pesara yang memandu kereta jenis Honda Civic tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#peniaga kosmetik
#bertembung
#hilang kawalan
#Selekoh
#laluan bertentangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan