Peniaga makanan mahu pusat sehenti bagi pengambilan tukang masak tempatan

Bernama
Jun 23, 2018 20:40 MYT
Sirajudin mahu Kementerian Sumber Manusia mengkaji peraturan baru yang dicadangkan sebelum melaksanakannya kerana ia memberi kesan kepada pemain industri serta pengguna. --fotoBERNAMA / Hiasan
Peniaga makanan mahukan sebuah pusat sehenti diwujudkan untuk memudahkan proses mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di bawah peraturan oleh Kementerian Sumber Manusia mulai tahun depan.
"Kami perlu melalui banyak badan untuk mengambil pekerja termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia," kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Restoran Kayu Nasi Kandar, Sirajudin Mohamed Mydin.
Beliau mencadangkan kementerian menyediakan latihan atau program untuk membantu industri makanan dan minuman membangunkan modal insan dalam sektor khusus ini.
"Bagaimana kita hendak membangunkan chef jika kita tidak mempunyai institusi khusus yang membangunkan industri makanan dan mimuman dalam sektor kita.
"Pada masa ini, kita terlalu memberi tumpuan kepada industri perhotelan," kata beliau kepada Bernama di sini pada Sabtu.
BACA: Mulai 1 Jan 2019, hanya tukang masak tempatan dibenarkan
BACA: Kenapa pekerja asing tak boleh masak masakan Malaysia? - Chef Wan
BACA: Tukang masak tempatan hanya cadangan - Kulasegaran
Beliau juga berkata kementerian perlu mengkaji peraturan yang dicadangkan itu sebelum melaksanakannya kerana ia memberi kesan kepada setiap pemain dalam industri berkenaan serta pengguna.
-- BERNAMA
#chef #industri #Kementerian Dalam Negeri #Kementerian Sumber Manusia #Ketua Pegawai Eksekutif #Kumpulan Restoran Kayu Nasi Kandar #latihan #makanan #peniaga #perhotelan #Program #pusat sehenti #Sirajudin Mohamed Mydin #tempatan #tukang masak #warga asing