MALAYSIA
Peniaga mengaku tidak bersalah libas parang terhadap polis
Izat Saini (tengah) dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan melibas parang ke arah dua anggota penguat kuasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga yang videonya tular kerana bertindak agresif dengan melibas parang terhadap anggota penguat kuasa semasa operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan, di sini, Selasa lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, tertuduh Izat Saini @ Zaini, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua penjawat awam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Inspektor Fitri Farhan Wan Chik dan Koperal Mohd Harris Lingam di lokasi operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan niat untuk menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang tiga Jalan 4/76B, Desa Pandan, di sini, pada 11.17 pagi, 15 Julai lepas, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala peguam Fadhli Sutris mewakili Izat.
Majistret Amira membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tular dan didakwa di mahkamah: Izat Saini @ Zaini, 43, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan melibas parang ke arah dua anggota penguat kuasa semasa operasi meroboh struktur haram pada 15 Julai.
- Pertuduhan dan hukuman: Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
- Jaminan dan tarikh sebutan semula: Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 September sebagai tarikh sebutan semula kes.
Bagaimanapun, tertuduh Izat Saini @ Zaini, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua penjawat awam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Inspektor Fitri Farhan Wan Chik dan Koperal Mohd Harris Lingam di lokasi operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan niat untuk menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang tiga Jalan 4/76B, Desa Pandan, di sini, pada 11.17 pagi, 15 Julai lepas, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala peguam Fadhli Sutris mewakili Izat.
Majistret Amira membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA

#libas parang
#peniaga mengaku tidak bersalah
#Izat Saini
#DBKL
#menakutkan penjawat awam
#Desa Pandan