BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menjatuhkan hukuman denda RM50,000 ke atas seorang penjual nasi lemak kerana menganjurkan kumpulan ‘wang kutu’ dengan menawarkan pulangan berlipat kali ganda, pada 2018 lepas.
Hakim Norhayati Mohamad Yunus membuat keputusan itu selepas Nor Jaimah Kamarudin, 38, yang berasal dari Pulau Pinang selaku orang kena saman mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Nor Jaimah didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu menerusi laman sosial Facebook .
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kubang Semang, Bukit Mertajam mengikut Seksyen 3(1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) diantara Januari hingga Ogos 2018.
Sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM500,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-dua sekali.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia,(SSM) Mohd Iqbal Mohd Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Shamsher Singh Thind.
Terdahulu semasa prosiding, peguam tertuduh memohon mahkamah meringan hukuman kerana ibu kepada tiga cahaya mata lelaki berusia empat hingga lapan tahun itu hanya menjual nasi lemak di gerai tepi jalan.
Tambahan pula ini adalah kesalahan pertama tertuduh.
Bagaimanapun, Mohd Iqbal meminta hukuman setimpal dikenakan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar tidak terlibat dalam kegiatan itu.
Menurut Mohd. Iqbal, kesalahan itu amat serius kerana ia bukan kaedah kutu tradisional, sebaliknya menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.
Tertuduh membayar denda tersebut bagi mengelakkan dikenakan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Sebelum ini, Nor Jaimah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang pada September 2020 sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Butterworth kerana kebanyakan saksi berada di negeri itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Feb 14 2022
Mengikut pertuduhan, Nor Jaimah didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu menerusi laman sosial Facebook. - Astro AWANI
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kutipan wang kutu
Ia bukan kaedah kutu tradisional, sebaliknya menawarkan kutu dengan pulangan berlipat ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.