MALAYSIA
Peniaga pakaian terpakai didakwa lakukan sumbang mahram terhadap anak kandung
Teruduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar di Kedah atas tuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang berusia 18 tahun. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang peniaga pakaian terpakai berusia 49 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang berusia 18 tahun.
Tertuduh, yang mempunyai lima orang anak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan.
Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa berlaku di kediaman mereka di Kubang Pasu pada pukul 9 pagi, 30 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terlarang dari segi agama dan undang-undang terhadap mangsa.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfatin Mastura Asri mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.