Peniaga pasar awam di tengah ibu kota digesa meningkatkan tahap kebersihan pasar agar dapat menjadi satu daripada tarikan pelancong asing dalam mengenali budaya masyarakat di negara ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kebersihan yang kurang memuaskan berbanding pasar awam di luar negara menjadi antara punca utama pelancong asing tidak berminat mengunjungi pasar awam.
Beliau berkata pasar awam boleh dijadikan tarikan pelancong yang ingin mengenali gaya hidup masyarakat kerana pelbagai jenis barangan makanan dan cenderamata dijual di sini.
Sehubungan itu, beliau menggesa peniaga dan pengunjung dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan berganding bahu menjaga kebersihan pasar, malah pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot diharap dapat dijadikan contoh pasar awam moden yang bersih di ibu kota.
Beliau ditemui pemberita selepas mengedarkan 400 kotak limau Mandarin kepada peniaga dan pengunjung di Pasar dan Pusat Penjaja Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini Jumaat.
Raja Nong Chik berkata selain kebersihan, kemudahan awam yang mesra orang kurang upaya (OKU) dan penyediaan ruang parkir yang mencukupi menjadi faktor utama dalam pembinaan pasar awam pada masa akan datang dan kemudahan sedia ada di pasar awam akan dinaik taraf secara berperingkat.
Katanya tindakan pemantauan dan penyelenggaraan pasar awam yang ditingkatkan dari semasa ke semasa mendapat maklum balas baik dan ramai peniaga serta pengunjung berpuas hati dengan keadaan pasar yang semakin selesa untuk dikunjungi.
Selain itu, beliau pihaknya akan membekalkan payung penjaja kepada para penjaja di sekitar Pasar dan Pusat Penjaja Taman Seri Sentosa itu berikutan keadaan payung mereka yang semakin usang bagi menggalakkan jual beli yang seterusnya menghidupkan suasana harmoni pasar itu.
Raja Nong Chik, yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, berkata 20,000 kotak limau Mandarin akan diedar kepada penduduk sekitar kawasan itu bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Feb depan.
Astro Awani
Fri Jan 25 2013
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perumahan baru di Lembah Pantai - Nong Chik
Penduduk di flat Sri Pahang dan Bukit Bangsar bakal menikmati perumahan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai.
30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.
Hasil kerja lebih penting daripada debat - Nong Chik
Tidak perlu berdebat sebaliknya ukur indeks pencapaian prestasi KPI sepanjang satu penggal memerintah Lembah Pantai.
Jangan lupa rasa sayang pada Wilayah Persekutuan
Warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diseru supaya tidak sesekali melupakan rasa sayang dan cinta terhadap Wilayah Persekutuan.
Peniaga pasar awam digesa tingkat kebersihan pasar
Peniaga pasar awam di tengah ibu kota digesa meningkatkan tahap kebersihan pasar agar dapat menjadi satu daripada tarikan pelancong asing dalam mengenali budaya masyarakat di negara ini.
Reaksi pelbagai bagi tempat letak kereta wanita
Warga kota memberi reaksi yang pelbagai setelah kerajaan mahukan 7% tempat letak kereta di premis komersial dikhaskan kepada wanita.
Kadar caj tempat letak kereta seragam di KL
DBKL memperkenalkan penyeragaman kadar caj bayaran tempat kereta mengikut kategori dan zon untuk warga kota.
7% tempat letak kereta untuk pemandu wanita
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata 7 peratus dari tempat letak kereta di premis-premis komersial perlu dikhaskan kepada wanita.
Kerajaan tidak akan bayar ganti rugi
Keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun
Projek pembangunan semula kawasan perumahan Bandar Tun Razak dijangka bermula pertengahan tahun ini.