Arus ekonomi yang mencabar kini banyak memberi impak terutamanya kepada golongan peniaga tempatan di negeri ini.
Hasil tinjauan yang dibuat di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, penulis sempat mengutip keluhan peniaga tempatan mengenai perniagaan mereka yang dikatakan agak lembap berbanding sebelum ini.
Abshar Ruhil, 26 tahun, peniaga kraftangan di pasar tersebut lebih tujuh tahun menggesa agar kerajaan dapat membawa satu corak perubahan terhadap ekonomi di negeri ini.
"Saya harap kerajaan buat satu perubahan dari segi ekonomi yang mana boleh membantu sekali gus meningkatkan lagi pendapatan kami peniaga tempatan," kata Abshar.
Tambah Abshar, perniagaannya mula merosot apabila pelanggan mula 'berkira' dalam urusan jual beli yang boleh merugikan perniagaan mereka.
"Kesan ekonomi sekarang ini saya rasa kurang baik sebab semua pelanggan saya berkira disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Jadi apabila mereka ingin membeli mereka menggesa kami (peniaga) menawarkan harga yang rendah di mana ia dapat menjejaskan perniagaan kami," katanya.
Abshar turut menggesa agar kerajaan yang bakal menerajui kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum nanti membuka mata dengan menaik taraf tapak perniagaan mereka untuk keselesaan pengunjung.
Bagi peniaga Aziz Ariel, 40 tahun, turut meluahkan rasa sama dalam arus ekonomi negara yang semakin mencabar ini.
Beliau yang berniaga makanan laut kering menyeru agar kerajaan negeri memperkenalkan sistem baharu dalam menolong peniaga-peniaga tempatan meningkatkan hasil jualan.
Jelasnya, kerajaan yang akan mentadbir negeri selepas ini digesa untuk menaik taraf tapak perniagaan mereka, terutamanya daripada segi keselamatan dan kebersihan.
"Alhamdulillah, itulah yang kami nak sebenarnya kerana kami lama sudah tertunggu-tunggu ada pihak yang menaik taraf tapak perniagaan ini sebab kami memang betul-betul nak tempat ini berubah.
"Saya harap tapak ini boleh dinaik taraf dari segi keselamatan dan kebersihan untuk keselesaan pengunjung yang datang," katanya.
Sementara itu, Mohd Kamarul Omar, 28 tahun, pelancong dari Kuala Lumpur turut menggesa agar pihak yang bertanggungjawab untuk memperbesarkan lagi tapak pasar tersebut bagi kemudahan semua pihak.
"Bagi saya kena besarkan lagilah tempat ini dalam keadaan orang yang ramai dengan pelancong dari luar dan dalam pasti akan datang ke Pasar Filipina.
"Pasar ini juga adalah satu imej kepada negeri Sabah, jadi saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan apa yang sepatutnya," ujarnya.
Untuk rekod, Pasar Kraftangan Sabah atau lebih dikenali dalam kalangan warga tempatan terutamanya pelancong sebagai Pasar Filipina menjual pelbagai barangan kraftangan buatan tempatan.
Pasar ini ditubuhkan pada tahun 1980 dengan mempunyai sebanyak 100 tapak perniagaan bagi peniaga tempatan dengan menjadikan pasar ini destinasi wajib bagi pelancong luar dan dalam.
Fifi Harteeny Marzuki
Mon Apr 16 2018
Keadaan di Pasar Kraftangan Sabah atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina oleh penduduk setempat. -Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Peniaga Pasar Filipina rayu premis dinaik taraf
Hasil tinjauan yang dibuat di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, penulis sempat mendengar keluhan peniaga tempatan mengenai perniagaan mereka yang dikatakan agak lembap berbanding sebelum ini.