awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook

Bernama
Bernama
02/12/2024
03:45 MYT
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Mangsa berusia 54 tahun itu telah melihat iklan di Facebook mengenai penjualan barang seperti susu dan tepung dengan harga yang murah. - Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook di Taman Abu Bakar, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mangsa berusia 54 tahun itu telah melihat iklan di Facebook mengenai penjualan barang seperti susu dan tepung dengan harga yang murah.
Beliau berkata pengadu berminat dengan tawaran tersebut, lalu menekan pautan dalam aplikasi dan mengisi butiran peribadi termasuk nombor akaun serta nombor pin dalam aplikasi itu.
"Selepas itu, sejumlah wang daripada akaun bank milik pengadu dipindahkan tanpa kebenaran, iaitu RM5,000, RM5,100, RM2,200, dan RM1,974.55 ke akaun serta platform lain. Pengadu menerima makluman daripada pihak bank bahawa wangnya telah dipindahkan ke beberapa akaun, termasuk ke TNG eWallet dan nama lain yang dinyatakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata pengadu kemudiannya berasa ditipu lalu membuat laporan di balai polis kemudian sebaik laporan diterima pihaknya membuat semakan di Semak Mule bagi akaun bank terlibat.
"Usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan talian telekomunikasi yang digunakan melalui Portal MCMC, Mobile Number Portability (MNP) dan permohonan mendapatkan penyata akaun bank pengadu dan suspek di Portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS)," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#Facebook
#media sosial
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan