awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi lebih RM700,000 terperdaya pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
17/05/2025
14:15 MYT
Peniaga rugi lebih RM700,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Victor Genason berkata lelaki berusia 58 tahun itu telah melihat iklan di laman Facebook yang menawarkan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dalam tempoh tiga bulan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kerugian RM720,800 akibat terperdaya dengan sindiket pelaburan saham dalam talian pada 25 Mac lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Victor Genason berkata lelaki berusia 58 tahun itu telah melihat iklan di laman Facebook yang menawarkan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dalam tempoh tiga bulan.
Beliau berkata tertarik dengan iklan itu, mangsa kemudian melakukan 15 transaksi ke empat akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM730,500 dari 25 Mac hingga 9 Mei lepas.
"Mangsa kemudian diminta membuat pembayaran tambahan bagi mengeluarkan hasil keuntungan pelaburannya.
"Bagaimanapun, lelaki itu menyedari dia ditipu apabila usaha untuk mendapatkan semula wang pelaburan gagal dan hanya mendapat pulangan RM9,700," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Victor berkata siasatan awal mendapati tiga daripada empat akaun terlibat mempunyai 20 rekod laporan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.
"Pada masa sama, kita ingin menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan wang tinggi (dalam tempoh singkat) dan lakukan semakan serta dapatkan maklumat lengkap daripada sumber sahih, sebelum melakukan pembayaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#pelaburan
#sindiket
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan