awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Peru - GFZ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi RM9,600 diperdayakan lelaki menyamar rakan lama

Bernama
Bernama
29/10/2020
02:54 MYT
Peniaga rugi RM9,600 diperdayakan lelaki menyamar rakan lama
Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang. - Gambar fail
KUANTAN:Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 55 tahun telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.
"Suspek dikatakan memerlukan wang itu dengan kadar segera dan berjanji akan membayar pinjaman itu pada minggu hadapan, sebaik sahaja urusan membuka restoran tersebut selesai .
"Mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang atas dasar rakan lama dan membuat dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak dua kali pada hari sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa ditipu selepas menghubungi rakan lamanya itu pada 4.15 petang untuk bertanya lebih lanjut mengenai restoran berkenaan, namun dimaklumkan dia tidak pernah meminjam wang tersebut.
Seterusnya, rakannya itu memaklumkan dompet dan telefon bimbitnya hilang beberapa hari lalu, dan individu yang mengambilnya mungkin telah memperdayakan mangsa.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran dekat sini, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#tipu
#rakan lama
#peniaga
#rugi
#menyamar
#pinjaman
#suspek
#Kanun Keseksaan
#laporan polis
#Balai Polis Maran
#transaksi
#dalam talian
#pemindahan wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan