awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga sarang burung walit parah ditembak

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
07:56 MYT
Peniaga sarang burung walit parah ditembak
Mangsa berusia 26 tahun yang mengalami patah pergelangan tangan akibat terkena satu das tembakan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. - Gambar hiasan
LUMUT: Seorang peniaga parah selepas ditembak dari jarak dekat ketika menjalankan urus niaga sarang burung walit di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di tepi Jalan Segari-Pantai Remis di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, maklumat awal kejadian itu diterima daripada orang awam sekitar jam 5.05 petang.
Menurutnya, mangsa dipercayai ditembak dua suspek dianggarkan berusia 30-an.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan Pasukan Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menemukan dua kelongsong peluru dipercayai daripada senjata jenis pistol," katanya di sini pada Khamis.
Tambah beliau, mangsa berusia 26 tahun yang mengalami patah pergelangan tangan akibat terkena satu das tembakan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Mangsa masih menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. Motif kejadian masih dalam siasatan.
"Kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#burung walit
#lumut
#peniaga cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan