awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga sayur didakwa pandu melulu, sebabkan kematian tiga sekeluarga

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2024
09:16 MYT
Peniaga sayur didakwa pandu melulu, sebabkan kematian tiga sekeluarga
Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret Besut pada Khamis atas dakwaan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga dalam kejadian pada 25 November lalu. -Sinar Harian
BESUT: Seorang peniaga sayur dihadapkan di Mahkamah Majistret Besut di sini, pada Khamis atas dakwaan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga dalam kejadian, Isnin lalu.

Ringkasan AI
  • Muhammad Maani Salleh, 24, didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga di Jalan Persekutuan Kuala Terengganu - Kota Bharu.
  • Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dan menggantung lesen memandu tertuduh.
  • Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1987 kerana memasukkan dadah jenis Nimetazepam ke dalam badan.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Maani Salleh, 24, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu pikap di jalan raya secara melulu sehingga menyebabkan kematian Kamarudin Ibrahim, 55, isterinya, Maimunah Mat Isa, 54, dan anak kedua mereka, Nur Ardiena Kamarudin, 30.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 35, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Sungai Lerek kira-kira jam 4.30 pagi.
Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Selain itu, tertuduh juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapat sesuatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun, jika sakit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 oleh seorang penjamin dan lesen memandu digantung sementara tarikh sebutan semula serahan dokumen pada 6 Januari 2025.
Sementara itu, tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1987 di mahkamah sama kerana didapati telah memasukkan bahan dipercayai dadah jenis Nimetazepam ke dalam badan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu pada 25 November lalu.
Pendakwaan ke atas tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Maani Salleh
#memandu secara melulu
#peniaga sayur
#Kamarudin Ibrahim
#Maimunah Mat Isa
#Nur Ardiena Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan