KOTA BHARU: Seorang peniaga serondeng di Kampung Laut, Tumpat didenda RM3,900 kerana tiga kegagalan mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) dalam tempoh yang ditetapkan di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin.
Orang Kena Saman (OKS), Wan Zairul Izzuan Ariz Wan Zainudin, 30, didenda oleh hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, antara 1 Jun hingga 3 Oktober lalu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, OKS yang juga pemilik tunggal perniagaan serunding dan sebagai orang kena cukai di bawah Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) didapati gagal mengemukakan penyata SST-02 dalam tempoh yang ditetapkan antara 1 Mac hingga 31 Ogos lalu.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 26(7)(a) Akta 806 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Mohd Haswadi Mohamad Nor manakala Wan Zairul Izzuan Ariz tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Wan Zairul Izzuan Ariz merayu hukumannya dikurangkan, namun Mohd Haswadi memohon satu hukuman setimpal dikenakan ke atasnya.
“Saya mohon hukuman yang dapat pengajaran kepada OKS dan orang lain agar tidak memandang ringan tanggungjawab membayar cukai,” katanya.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang lagi pemilik tunggal sebuah syarikat pengiklanan, Mohd Ridzuan Jusoh, 34, turut dikenakan denda RM3,900 atas kesalahan sama yang dilakukan antara tempoh 1 Jun hingga 3 Oktober lalu.
Mohd Ridzuan sebagai orang kena cukai bawah Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) didapati gagal mengemukakan penyata SST-02 dalam tempoh yang ditetapkan antara 1 Mac hingga 31 Ogos lalu.
Mohd Zul Zakiqudin kemudian mengenakan denda itu atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan jika gagal dijelaskan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 11 2023
Mohd Ridzuan (kiri) bersama peguam, Azura Ghazali berjalan menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Isnin. - Foto Bernama
Agenda AWANI: Rahsia Usahawan Tempatan Menawan Cabaran Untuk Kecapi Kejayaan
Ikuti perkongsian rahsia kejayaan dan transformasi perniagaan usahawan tempatan dalam Agenda Awani 9.00 malam ini.
Allahyarham Tun Daim selamat disemadikan
Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.
Pekerja kilang didakwa bunuh dua beranak
Pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Pulau Pinang Khamis minggu lalu.
Trump calonkan Elon Musk ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pencalonan hartawan Elon Musk dan bekas calon presiden Republikan, Vivek Ramaswamy sebagai ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan di bawah pentadbirannya.
Gajah kembali jadi igauan, penduduk bimbang tragedi berulang
Penduduk Kampung Basung, Hulu Terengganu takut dan bimbang tragedi serangan gajah bulan lalu yang mengorbankan seorang penduduk berulang.
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima, Peru pada jam 11.15 malam Selasa waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
COP29: Negara maju diseru tepati janji, bantu negara ditimpa bencana dahsyat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru negara-negara maju untuk menepati janji salurkan kewangan pada Dana Kerugian dan Kerosakan, bantu negara-negara kepulauan kecil teruk ditimpa bencana
KPDN tingkat fungsi pricecatcher, kerjasama Mydin & Redtick
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia adalah inisiatif yang menggambarkan Ketelusan urus niaga dan etika perniagaan tidak mengambil kesempatan melalui amalan sorok harga terhadap pengguna.
Tun Mahathir: Tun Daim, sahabat dan pejuang ekonomi setia
Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa hiba atas pemergian rakan seperjuangannya, tun Daim Zainuddin, yang bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga pejuang ekonomi yang setia.
Dalam panggilan eksklusif bersama Astro AWANI, bekas Perdana Menteri itu berkata kehilangan Daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara
Dalam panggilan eksklusif bersama Astro AWANI, bekas Perdana Menteri itu berkata kehilangan Daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara
Beri kami ruang lalui masa sukar - Isteri Tun Daim
Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdil Abdul Khalid memohon ruang sebelum pihak keluarga mengeluarkan kenyataan rasmi.
Peniaga serondeng Kampung Laut didenda gagal kemuka penyata SST
Seorang peniaga serondeng di Kampung Laut, Tumpat didenda RM3,900 kerana tiga kegagalan mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan.