KUALA LUMPUR: Bermula sebagai peniaga di tepi jalan, menjual teh ais resipi sendiri pada 2018, Muhammad Adli Mohd Nazim kini berbangga dengan kafe jenama sendiri - "Tehyeish" - yang cukup gah di negeri kelahirannya Kedah.
Kejayaan usahawan berusia 28 tahun tersebut juga membuktikan lepasan kolej komuniti bukanlah "lekeh" seperti tanggapan sesetengah pihak, selagi seseorang itu ada tekad untuk mengubah nasib diri.
"Saya buka Tehyeish ini pada 2021, selepas kira-kira tiga tahun berniaga teh ais jenama sendiri, iaitu Premium Teh Ais di tepi jalan.
"Namun, untuk saya sampai di tahap sekarang bukanlah mudah," ujarnya membuka cerita kepada Bernama, ketika dihubungi.
Menurutnya, sebaik menamatkan pengajian peringkat sijil dalam bidang kulinari di Kolej Komuniti Sungai Petani pada 2015, beliau berpindah ke Alor Setar dan bertindak sebagai ejen menjual piza keluaran sebuah perniagaan francais.
Disangkakan berniaga di bandar besar akan memberi pulangan lumayan kepadanya, namun sambutan yang diterima hanya suam-suam kuku kerana persaingan yang sengit, membuatkan beliau berpatah pulang ke kampung halaman.
Di situlah bermula perjalanan sebenar beliau sebagai usahawan minuman dan makanan.
JUAL TEH AIS
Muhammad Adli berkata selepas pulang ke kampung, beliau memutuskan untuk mengusahakan gerai di tepi jalan dengan menjual produk sendiri, iaitu teh ais, teh ais boba dan teh ais cincau di bawah nama Premium Teh Ais.
Siapa sangka minuman yang diolah sendiri itu mendapat sambutan amat menggalakkan sehinggakan beliau berjaya mewujudkan francais.
"Saya buka perniagaan itu di pekan Sik dan pekan Batu Lima. Selain itu, saya ada empat francaisi, masing-masing di Guar Chempedak dan Sungai Petani di Kedah, Kepala Batas di Pulau Pinang serta Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur," kongsinya.
Beliau turut meluaskan perniagaan membuka gerai menjual chicken chop pada harga "Rahmah" RM5.50 dan masih bertahan hingga sekarang sekalipun berdepan peningkatan kos.
Menurutnya, untuk berniaga teh ais tersebut, beliau terpaksa meminjam wang daripada ibu bapanya.
"Disebabkan minat berniaga yang begitu tinggi, saya tidak bekerja di tempat lain dulu selepas tamat pengajian. Justeru, memang tidak ada simpanan untuk dijadikan modal.
"Saya beritahu ibu bapa hendak berniaga dan perlukan modal. Selepas diconggak, saya perlukan kira-kira RM17,000 termasuk bagi membeli sebuah van untuk mengangkut barangan jualan ke gerai," katanya, menambah hatinya rawan kerana perlu meminjam daripada orang tua yang juga bukan orang senang.
Bapanya, Mohd Nazim Othman @ Ibrahim), 56, bekerja sebagai penjawat awam manakala ibunya Basirah Mohamed Yusof, 50, hanyalah suri rumah.
"Mak ayah keluarkan duit simpanan mereka, jadi, mahu tidak mahu saya perlu pastikan perniagaan itu berjaya agar saya dapat bayar balik duit berkenaan. Alhamdulillah, saya dapat lunaskan pinjaman itu dalam tempoh setahun sahaja," ceritanya lagi.
JENAMA SENDIRI
Selepas tiga tahun bermandi keringat di tepi jalan, Muhammad Adli berjaya mengumpul modal untuk membuka kafe Tehyeish.
"Tehyeish ini sebenarnya teh ais, iaitu sebutan pelat anak lelaki saya yang kini sudah berusia enam tahun.
"Selain mengekalkan produk yang dijual di gerai sebelum ini, saya tambah 25 lagi produk seperti minuman hazelnut coklat, spanish latte, caramel macchiato, butterscotch walnut, aiskrim yogurt dan gula apong.
"Selain itu, terdapat juga sajian pastri termasuk karamel donat yang paling mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan pelbagai peringkat umur," jelasnya, menambah 70 peratus menu di kafe itu adalah rekaannya sendiri selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan.
Menurutnya, selain kafe induk di pekan Sik, Tehyeish juga ada dua cawangan, iaitu di Padang Serai dan cawangan pandu lalu di pekan Batu Lima.
"Konsep pandu lalu ini tidaklah secanggih seperti restoran berjenama yang kita lihat sekarang. Untuk merealisasikan konsep ini di Tehyeish, saya menyewa tapak daripada Majlis Daerah Sik dengan keluasan agak besar, jadi saya dapat buat satu gerai yang sesuai untuk pelanggan membeli secara pandu lalu," katanya.
CAWANGAN SELURUH UTARA
Katanya walaupun sekadar berniaga di tepi jalan, di situlah beliau belajar selok-belok dunia perniagaan termasuk melakukan pemasaran dan pengurusan kewangan.
Berniaga ini memerlukan semangat juang yang tinggi dan seseorang itu tidak boleh mudah mengaku kalah walaupun berdepan kegagalan, katanya.
Beliau yang kini mempunyai 30 pekerja juga berbangga kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar termasuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti dan memerlukan pendapatan tambahan.
Memasang impian untuk memperluas cawangan Tehyeish ke seluruh utara Semenanjung, Muhammad Adli berkata sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan ketiga-tiga kedainya berjaya meraih jualan keseluruhan sekitar RM280,000 sebulan.
"Insya-Allah, saya mahu memperluas cawangan Tehyeish agar ada di setiap daerah di Kedah. Selepas itu saya merancang untuk mengembangkannya ke Pulau Pinang serta Perlis," katanya yang giat mempromosikan Tehyeish di platform Tik Tok, Instagram dan Facebook.
"... semestinya harapan saya untuk setanding jenama besar dan terkenal lain.
Bercerita tentang bakat berniaga, Muhammad Adli berkata beliau menjadikan arwah datuknya Mohamed Yusof Hashim sebagai sumber inspirasi.
"Tok wan (datuk) berniaga buah sejak 1980-an, saya pun tidak lahir lagi. Masa mula-mula, tok wan berniaga buah di gerai saja sehinggalah beliau berjaya membeli sebuah lori untuk membawa buah-buahan dari Thailand ke Sik. Selepas itu, peniaga termasuk yang di pasar malam, akan ambil buah daripada tok wan untuk mereka jual.
"Pada 1990-an, tok wan berjaya membeli kedai sendiri, dan saya kira kejayaan beliau membeli kedai ketika era berkenaan memang pencapaian yang hebat, kerana kebanyakan peniaga ketika itu masih lagi menyewa," katanya.
Menitipkan pesanan buat golongan muda yang ingin menjadikan perniagaan sebagai lubuk rezeki, Muhammad Adli berkata perkara utama ialah mempunyai ilmu pengetahuan dan kefahaman yang tinggi tentang bidang itu.
"Sebenarnya industri ini sangat sukar dan menuntut komitmen jitu. Banyak yang perlu dikorbankan dari segi masa, tenaga serta mental. Nasihat saya kepada mereka yang hendak berniaga ini fikir masak-masak sebelum terjun ke dunia perniagaan, sebab ia memerlukan pengorbanan yang tidak disangka," jelasnya, menutup bicara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Muhammad Adli (tengah) berbangga kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar termasuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti dan memerlukan pendapatan tambahan. - Foto Facebook Tehyeish HQ
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.
Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish'
Selepas tiga tahun bermandi keringat di tepi jalan, Muhammad Adli berjaya mengumpul modal untuk membuka kafe Tehyeish.
Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET
Lebih 60 peratus kurikulum pembelajaran dan pengajaran di politeknik serta kolej komuniti seluruh negara akan memfokuskan kepada TVET.
Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus
Setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini.
Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus
Secara umumnya kira-kira 100,000 pelajar diterima setiap tahun bagi kedua-dua institusi pengajian itu, namun tahun ini jumlahnya merosot.
JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian
JPPKK sentiasa mengambil usaha proaktif bagi menambah baik bidang pengajian yang ditawarkan supaya program itu kekal relevan serta responsif dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.
Pelajar politeknik, kolej komuniti dapat peluang jalani latihan industri di Qatar
Penempatan mereka di Qatar juga bersempena penganjuran Piala Dunia 2022 pada November depan.
Empat kolej komuniti di Johor akan miliki kampus tetap - PM
Empat kolej komuniti di Johor akan mempunyai kampus tetap seperti diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Keputusan kemasukan IPTA esok - KPT
Kementerian Pengajian Tinggi berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari.