ALOR SETAR: Peniaga yang terjejas selepas Kedah tidak lagi memperbaharui lesen perjudian di negeri ini diminta mencari alternatif baharu dengan meneroka perniagaan lain yang lebih bersesuaian.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan kerajaan negeri untuk tidak meluluskan permohonan baharu lesen judi hanya melibatkan segelintir peniaga selain tidak menjejaskan ramai pekerja.
Menurutnya, peniaga terlibat disaran beralih kepada sektor perniagaan lain yang boleh memanfaatkan banyak pihak.
“Tak ramai pun yang terlibat dalam sektor perjudian ini, berbanding kerosakan yang berlaku sekiranya premis berkenaan dibuka.
"Saya difahamkan, peniaga atau pekerja tak banyak terjejas, tak ramai yang akan menganggur,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ditangguhkan ke Selasa.
Muhammad Sanusi turut menepis dakwaan bahawa tindakan kerajaan negeri itu akan mengakibatkan banyak premis perniagaan terpaksa dikosongkan.
“Tauke atau pemilik premis judi itu boleh cari bisnes lain. Mereka boleh lakukan aktiviti perniagaan lain.
"Saya harap mereka dapat cari alternatif lain sebagai perniagaan baharu selepas tamat tempoh lesen.
“Ada peniaga yang terjejas akibat Covid-19 meneroka bidang niaga baharu di premis masing-masing.
"Ada kedai perabot ditukar menjadi kedai makan, ada kedai gunting rambut ditukar sebagai salon kecantikan,” katanya.
Menurutnya lagi, dakwaan ramai orang akan kehilangan pekerjaan juga tidak berasas disebabkan keputusan terbabit.
“Macam-macam kerja boleh buat, perlu kreatif untuk teruskan kehidupan,” katanya.
Pada sesi perbahasan Sidang DUN Kedah sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Tan Kok Yew dan ADUN Bakar Arang, Ooi Tze Min membantah keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran lesen perjudian di seluruh negeri ini.
Pada Ahad, Muhammad Sanusi mengumumkan lesen perjudian yang telah tamat tempoh tidak akan diperbaharui dan ia berkuatkuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN kerajaan dan pembangkang yang menyokong usaha terbabit untuk menjadikan ‘Kedah bebas judi’.
“Saya ucap terima kasih kepada semua ADUN yang sokong usaha murni ini, kecuali yang bantah Derga dan Bakar Arang.
"Kebanyakan sokong usaha baik yang akan kita laksanakan pada tahun depan, perli-perli sikit tu normal lah.
“Persidangan pun lancar dan tenang malah kedua-dua pihak saling menyokong bagi meneruskan cadangan yang baik, saya rasa politik yang macam ini yang akan beri faedah kepada rakyat,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 15 2021
Muhammad Sanusi berkata keputusan kerajaan negeri untuk tidak meluluskan permohonan baharu lesen judi hanya melibatkan segelintir peniaga selain tidak menjejaskan ramai pekerja. -Gambar fail/Bernama
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.
Kedah bangunkan jambatan darat Sanglang ke Songkhla
Menurutnya, projek berkenaan dijangka membabitkan keluasan tanah seluas sekitar 1,600 hektar.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah
Biarpun KDA FC bukan dimiliki oleh kerajaan negeri, namun ia membawa nama Kedah dalam arena bola sepak negara.
Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.