awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
10/03/2025
08:37 MYT
Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki berumur 63 tahun itu dipercayai tertarik dengan pelaburan mata wang kripto selepas melayari laman web Silegx yang dijumpainya di Facebook. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang peniaga warga emas mengalami kerugian RM300,378 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi medium media sosial pada November lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang peniaga warga emas kerugian RM300,378 akibat sindiket pelaburan tidak wujud melalui media sosial.
  • Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
  • Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan pihak berkuasa untuk mengelak penipuan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ia bermula apabila lelaki berumur 63 tahun itu tertarik dengan pelaburan mata wang kripto selepas melayari laman web Silegx yang dijumpainya di Facebook.
"Mangsa membuat transaksi pertama pada 25 Nov lepas dan menerima pulangan RM20,698 pada 1 Jan. Tertarik dengan keuntungan awal itu, mangsa terus menambah pelaburan, namun kemudian mendapati dia tidak dapat mengeluarkan wang tersebut.
"Bagi membolehkannya mengeluarkan wang tersebut, mangsa diminta untuk memasukkan lagi wang dan mula mengesyaki telah ditipu. Mangsa telah memasukkan wang pelaburan sebanyak 10 kali transaksi ke sembilan akaun berbeza berjumlah RM300,378," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan pihak berkuasa bagi mengelak penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#sindiket pelaburan tidak wujud
#peniaga warga emas
#pelaburan mata wang kripto
#Silegx
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan