MALAYSIA
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Penilaian bebas itu mengenal pasti dua sistem kritikal yang memberikan kesan langsung terhadap kebolehpercayaan tren, ketersediaan perkhidmatan dan prestasi pemulihan. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penilai mendapati gangguan berkenaan tidak mencetuskan risiko keselamatan, dan kawalan kejuruteraan yang teratur serta pemantauan berterusan telah dilaksanakan untuk menguruskan isu itu dengan berkesan.
"Semasa pelaksanaan pelan tindakan komprehensif (CAP) yang bermula pada 15 Nov tahun lepas, operasi aerotren kekal stabil, merekodkan ketersediaan operasi perkhidmatan sebanyak 100 peratus pada Disember 2025, meningkat daripada 98.67 peratus pada Julai 2025, mencerminkan tahap kebolehsediaan sistem yang tinggi walaupun aktiviti pemeriksaan, ujian dan pengesahan dijalankan," menurut kenyataan itu.
Penilaian bebas itu mengenal pasti dua sistem kritikal yang memberikan kesan langsung terhadap kebolehpercayaan tren, ketersediaan perkhidmatan dan prestasi pemulihan, iaitu sistem bekalan kuasa dan kenderaan rel.
Untuk sistem bekalan kuasa, walaupun reka bentuk keseluruhan serta sistem perlindungan didapati mencukupi dan umumnya berfungsi seperti yang ditetapkan, aspek kualiti pemasangan, pemantauan keadaan kuasa rel dan kejelasan peranan operasi dikenal pasti sebagai aspek yang perlu terus diberikan perhatian bagi mengukuhkan kebolehpercayaan jangka panjang.
Bagi kenderaan rel pula, perhatian khusus diberikan kepada peranti pengumpul arus yang mempengaruhi kesinambungan daya tarikan dan kestabilan perkhidmatan kerana interaksinya yang rapat dengan rel kuasa.
Menurut MAHB, CAP dilaksanakan melalui aliran kerja yang selaras meliputi pemeriksaan dan pembaikan, pengujian dan pengesahan sistem serta operasi percubaan.
"Aktiviti pemeriksaan dan pembaikan merentasi sistem aerotren telah diselesaikan dan kini pada tahap akhir bagi menamatkan pembetulan yang belum selesai, yang dikenal pasti semasa pemeriksaan sistem secara menyeluruh," tambahnya.
Semasa tempoh CAP, MAHB berkata tempoh kerja penyelenggaraan kejuruteraan pada awalnya dijadualkan dari 9 malam hingga 7 pagi, tetapi kemudian dipendekkan kepada 11 malam hingga 7 pagi mengambil kira musim perayaan dan cuti sekolah.
MAHB akan terus melaksanakan langkah CAP yang selebihnya secara selaras dan bersesuaian, yang dibantu oleh pemantauan berterusan dan pengawasan bebas untuk mengukuhkan lagi kebolehpercayaan sistem serta memastikan operasi aerotren di KLIA lancar dan konsisten.
Pada 16 Dis lepas, MAHB mengumumkan bahawa dua penilai bebas, Alstom dan IJMC-PESTECH yang menyemak reka bentuk, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan Aerotrain, dijangka mengemukakan laporan mereka menjelang pertengahan Januari 2026.
-- BERNAMA