awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan cukai kepada yang kaya dijangka sumbang RM100 juta - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/10/2019
08:29 MYT
Peningkatan cukai kepada yang kaya dijangka sumbang RM100 juta - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata nilai itu merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Bank Dunia dengan angka yang lebih tinggi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Peningkatan cukai pendapatan kepada 30 peratus melibatkan 2,000 individu yang berpendapatan lebih RM2 juta bakal menyumbang penambahan kira-kira RM100 juta hasil cukai.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata nilai itu merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Bank Dunia dengan angka yang lebih tinggi.
“Bank Dunia mendapati cukai kepada golongan berpendapatan tinggi di negara ini masih lagi rendah berbanding negara-negara jiran dan menasihati kita untuk meningkatkannya.
“Dengan menaikkan cukai pendapatan (kepada mereka yang berpendapatan RM2 juta) kepada 30 peratus, kita (Malaysia) masih antara yang terendah,” ujarnya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sesi soal jawab pada Forum Belanjawan 2020 yang dianjurkan oleh Malayan Banking Bhd, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dan RHB Banking Group.
Tambah Guan Eng, mereka berpendapatan tinggi mampu untuk menanggung peningkatan dua mata peratusan itu, sekaligus meningkatkan pendapatan golongan itu.
“Saya rasa ia tidak terlalu tinggi. Kami menjangkakan sekitar RM100 juta (peningkatan),” katanya.
Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama menyatakan buat masa ini tiada sebarang perbincangan dibuat untuk melaksanakan Cukai Kekayaan dan Cukai Warisan Harta.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#cukai kaya
#cukai pendapatan
#Lim Guan Eng
#Senangkan Yang Susah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan