awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim

Bernama
Bernama
22/04/2024
11:33 MYT
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Abdul Karim berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri. - Foto Bernama
KUCHING: Rancangan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan jangka masa panjang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri, sebagaimana yang didakwa persatuan.
"Ia tidak akan membantu industri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Trofi Premier Sarawak bagi Kejohanan Tenis Remaja di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden MyBHA Sri Ganesh Michiel pada hari Sabtu lepas, bahawa hotel bajet Sarawak akan menaikkan kadar sewa bilik mereka sekiranya tiada sebarang langkah diambil terhadap pelbagai aktiviti yang mengancam perniagaan mereka.
Antara ancaman yang disentuh Sri Ganesh adalah berkaitan operator hotel tidak berlesan yang menawarkan sewa bilik jangka pendek, aktiviti agensi pelancongan tanpa penyeliaan, di samping kos operasi yang melonjak.
Abdul Karim berkata kementeriannya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerja keras untuk menganjurkan lebih 200 acara setiap tahun bagi menarik pelancong datang ke Malaysia, yang seterusnya memberi manfaat kepada industri perhotelan.
Beliau berkata bagi Sarawak, acara-acara berkenaan itu telah menarik kehadiran ramai pelancong, yang pastinya perlu tinggal di hotel, dan ini membuatkan kadar sewa bilik hotel terus meningkat.
"Mereka perlu tinggal di suatu tempat walaupun tanpa anda (hotel) melakukan pemasaran (promosi). Industri ini berkembang maju. Bersyukurlah," katanya.
Merujuk kepada isu pengusaha tidak berlesen yang menjejaskan perniagaan hotel bajet, beliau berkata walaupun proses pelesenan hotel terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, kementeriannya sedia bekerjasama bagi memastikan semua pengusaha di negeri ini dikawal selia.
"Kita akan meneliti perkara ini dan membincangkannya dengan kerajaan tempatan, mengenai cara untuk menanganinya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia
#kenaikan kadar sewa bilik hotel bajet
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#pelancongan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan