awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan hasil saringan bersasar

Bernama
Bernama
13/07/2021
20:14 MYT
Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan hasil saringan bersasar
Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan adalah berikutan saringan bersasar dilakukan pihak Jabatan Kesihatan Negeri. - Bernama
SEREMBAN: Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan yang mencecah lebih 1,000 kes pada Selasa, adalah berikutan saringan bersasar dilakukan pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, pihaknya menganggarkan kes COVID-19 bagi tempoh tiga atau empat hari ini, akan berada dalam lingkungan 750 hingga 1,000 kes.
Beliau berkata tiga kategori utama yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah daripada kluster sedia ada, kontak rapat dan kes sporadik.
"Jangkitan wabak dalam tiga kategori ini adalah sangat 'rampant', sebagai contoh jangkitan COVID-19 di Nilai berikutan kes rentas negeri, kerana mereka tinggal di Nilai dan bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada Bernama di sini.
Veerapan turut meminta masyarakat di negeri itu, supaya sentiasa peka dengan situasi semasa dan bersama-sama mencegah penularan wabak berkenaan, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Pada Selasa, Negeri Sembilan merekodkan 1,033 kes baharu positif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 528 adalah kes sporadik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Negeri Sembilan
#rentas negeri
#kontak rapat
#saringan bersasar
#jangkitan
#Veerapan
#Kes Sporadik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan