awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kes COVID-19: JAWI saran solat hajat di semua masjid, surau

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/10/2020
04:50 MYT
Peningkatan kes COVID-19: JAWI saran solat hajat di semua masjid, surau
Solat hajat tersebut disaran dilakukan selama tiga hari berturut-turut selepas solat Maghrib bermula hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat.
Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, solat hajat tersebut disaran dilakukan selama tiga hari berturut-turut selepas solat Maghrib bermula hari ini.
Katanya, solat hajat itu disaran selepas melihat kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.
"Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini," katanya dalam pekeliling yang diedarkan.
Pada Selasa, Malaysia sekali lagi merekodkan kes COVID-19 harian tertinggi apabila sejumlah 691 kes baharu dicatatkan dengan empat kematian.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
Topic Berkaitan
#jangkitan COVID19
#JAWI saran solat Hajat
#jangktian COVID19 tinggi
#masjid surau solat hajat
#koronavirus
#Mohd Ajib Ismail
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#JAWI
#kenaikan kes mendadak
#solat hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan