KUALA LUMPUR: Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka susulan keadaan cuaca panas dan kering sejak pertengahan Februari lalu, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang semalam, iaitu lima stesen di Selangor melibatkan Johan Setia Klang dengan bacaan 188, Banting (167), Petaling Jaya (133), Klang (107), Shah Alam (104), serta masing-masing satu di stesen Cheras, Kuala Lumpur (111) dan Rompin, Pahang (133).
"Keadaan sedikit berjerebu di Lembah Klang yang dialami pada Selasa adalah berpunca daripada kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan seluas 34 hektar sejak 24 Feb lalu.
"Pembakaran terbuka daripada aktiviti pertanian tanah gambut di Johan Setia, Klang yang mula dikesan pada 5 Feb dengan lima lokasi kebakaran melibatkan anggaran jumlah keluasan tiga ekar telah menyebabkan kualiti udara tidak sihat di kawasan tersebut.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga turut mengesan kebakaran belukar di kawasan Rompin dengan anggaran keluasan 10 ekar pada Selasa yang meningkatkan bacaan IPU di stesen kualiti udara Rompin, Pahang," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata kementeriannya telah mengarahkan JAS untuk menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kes pembakaran terbuka.
Katanya, JAS juga telah menyediakan enam kertas siasatan, mengeluarkan satu kompaun dan empat notis arahan serta arahan di lapangan.
"Tindakan tegas telah diambil kepada pemilik tanah, operator tapak pelupusan sampah dan pelaku yang menyebabkan pembakaran terbuka yang menjejaskan kualiti udara," katanya.
Selain daripada tujuh kawasan dengan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, terdapat 52 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana serta sembilan kawasan pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Tanjung Sepat pada 2 Mac 2021. - BERNAMA
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899423/6271740461618209559108_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar
Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula esok
Pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

#SayaDigital pacu literasi digital dalam kalangan rakyat

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

Kuasa lancar laman web pantau 20 kerusi Parlimen
Laman web untuk memantau 20 kerusi pada PRU15 akan membantu pengundi mengetahui maklumat calon dipilih berdasarkan sumber parti.

KASA cadang wujudkan sistem pembetungan berpusat di zon industri seluruh negara
Loji rawatan kumbahan serantau amat penting dalam usaha kementerian memelihara kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.

Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancar
Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancarkan berhubung tatacara pengurusan bahan buangan klinikal dan pembudayaan amalan hijau sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual
Pihak yang melakukan pencemaran sisa buangan terjadual mungkin berdepan hukuman denda lebih berat sehingga RM15 juta, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tanggapan Pas ketepikan UMNO tidak benar - Tuan Ibrahim
Tanggapan Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak benar, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lihat MN dalam kerangka semasa, bukan sebelum kerajaan PN terbentuk - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata MN diasaskan ketika PAS dan UMNO menjadi pembangkang semasa pelbagai isu melanda melibatkan kepentingan umat Islam dan Melayu.

Diesel Euro 5 ganti Euro 2M mulai esok
Kerajaan menetapkan pelaksanaan spesifikasi minyak diesel Euro 5 bagi menggantikan minyak diesel Euro 2M bermula esok, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

PM pengerusi mesyuarat kabinet, menteri UMNO turut hadir
Begitupun, agenda mesyuarat masih belum dapat dipastikan memandangkan tiada kenyataan rasmi berkaitan mesyuarat setakat ini.

PAU2020: Pas komited pertahan penyatuan ummah - Timbalan Presiden
PAS menegaskan akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.

Hubungan Pas Kelantan dengan UMNO, Bersatu diputus pusat - Tuan Ibrahim
Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu.