awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
30/06/2023
11:30 MYT
Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Barjoyai berkata ekonomi Malaysia berapa pada tahap yang sihat untuk mencapai sasaran pertumbuhan 4.5 peratus bagi tahun 2023. - foto/SinarHarian
KUALA LUMPUR: Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.
Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berkata kerajaan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan gaji untuk membiayai perbelanjaan harian akibat peningkatan kos tersebut.
“Saya melihat masalah di Malaysia hari ini bukan masalah harga yang meningkat, sebaliknya masalah pendapatan pengguna-pengguna yang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan.
“Sebenarnya peningkatan kos adalah satu keadaan semulajadi yang akan dialami oleh semua negara yang cuba menjadi negara maju. Apabila kita mencapai tahap negara maju, kita akan mengalami peningkatan taraf hidup dan diikuti dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI hari ini.
Barjoyai turut menyatakan bahawa ekonomi Malaysia berapa pada tahap yang sihat untuk mencapai sasaran pertumbuhan 4.5 peratus bagi tahun 2023. Meskipun, kadar perkilangan, eksport dan import sedikit menurun.
Tambahnya lagi, ekonomi Malaysia terus rancak dengan kadar perbelanjaan peribadi yang kekal tinggi walaupun ada sedikit penurunan.
Peningkatan kos adalah semulajadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Topic Berkaitan
#Dialog Poket Rakyat
#ekonomi
#gaji progresif
#Peningkatan kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan